MISH EKINO iNgin menGUcapKan TAhniah keRana korang teLah MenjengOK Or melawat my BLog!hehe
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ٱلرَّحِيم(EKINO93.BLOGSPOT.COM)
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Terima Kaseh (:

Tuesday 23 October 2012

-gembira hati seorang perempuan-

Semua orang tahu jodoh datangnya dari allah... tp kan kalau tiada usaha jodoh tu xkan ade...ye, memang la jodoh itu telah ditetapkan, sejak azali lg.. tetapi kite hanya merancang dan allah menentukan...tahu tak korang, ape yang mengembira hati seorang wanita??tak tahukan..meh sini law x tahu.. bace taw.... hehe.. Contohnya seperti dibawah nie :-



"awak..awak sangat lah cantik"

sile angkat kaki sape xsuke dipuji cantik..tp ade jugak yg malu malu bile cik bf/lelaki puji cantik.."awk nie cantik la..comel la..cute la.."si perempuan.."mane ade..sy rasa awk kene pakai spec nie..xcantik pon kate cantik.."..walhal dalam hati..mcm na tekeluar jantung tuh..tengok wahai lelaki..perempuan mmg suke dipuji..so even xcantik pon kau cantik kan lah jugak ..ngeee..boleh kan ginie..



"ye..saya dengar"

pernah dengar x.."perempuan xreti baca peta..lelaki pulak xsuka mendengar.."..lelaki mmg sangat xsuka mendengar especially perkara yg remeh temeh..remeh bagi lelaki tp antara hidup dan mati bg perempuan..ape salah nye dengar luahan hati orang yg korg syg..perempuan perlukan teman untuk mendengar keluh kesah nye..tp kadang kadang lelaki nie dgr..tp dgr endah xendah..bile kite tny balik..jwpn dorg.."owh..aah kan..betul la tuh.."atau"oklatuhh"..ape yg betul n ok pon xtau la kan..lelaki..be a good listener pls... perempuan nie bukan mintak ape pon...



"awak jgn lah risau..semuanya akan baik baik je.."

nie bile kamu ngn gf kamu bergaduh..bergaduh sal perempuan lain ke ape ke..biase lah perempuan nie cepat "prejudice"..walhal kawan je pon..tp si perempuan nangis mcm mati suami..xpon mengamok cam org meroyan..so lelaki..bertindaklah sebagai air yer..pujuk lah..cakap camnie.."itu kwn sy lah..jgn la mcm nie..sy syg awk sorg je.. xde perempuan lain dah...awk je yg ade kat hati sy.."huuuu..tipu pon xpe..asalkan gf korg berenti menangis...tp jgn tipu sgt... kalau awk mmg x ske dye .. dan ade perempuan lain jgn la bg dy mnaruh harapan... xbek.. kesian la hati wanita nie... sebb mereka syg la.. mereka menangis.. take note wahai lelaki...



"syg mesti penatkan..ade ape ape yg abg leh bantu.."


ade xlaki cmnie??ade je..tp jumlah nye 1/10 je...huhu..susah na dpt laki cmnie..tp kalo da kawen dpt laki cmnie...aku na cakap..wah untung lah awk..selalu nye lelaki nie fikir.."ahh..memasak..kemas rumah..jge anak..pg pasar..toh keje perempuan..aku xnak wife aku pijak aku.."...kamoo salah anggap sebenarnye lelaki..tngk asal kejadian wanita..dr tulang rusuk lelaki kan..so perempuan memerlukan lelaki untuk membantu meringankan beban..korang cakap lah cmnie "syg penatkan harinie abg tolong masakkan dan kemaskn rumah tuk syg" haaa... sure gembira la hati perempuan tu beb... hargai la diorang nie bukan susah pun...



"awk...i love you.."

haa...nie lagi satu perkara yg perempuan paling suka..lagi2 la kalau lelaki yg dye syg ungkapkan.. contohnya cmnie"syg i love u sampai monopous"....hahaha..sengal jek..sebenarnye perempuan nie kadang2 gedik,saje je tny banyak banyak kali.."abg love syg ta?" "mestilah syg oke" "syg bnyak ke sikit?" "mestilah bnyak2". korg lynkan je...bukan na ngade ngade tp na tau samade lelaki tuh tiap hari syg ke x n dye rase bahagia sgt cos ade org syg kan dye .. yer ta....tp lain pulak lelaki..xsuke na ungkap bende yg same banyak banyak kali..cukup lah sekali..tp org yg kite syg nie tiap kali tiap saat dy sebut n bg tahu "love u syg" Opcos la kite reply "love u tooOO...''



"syg... jom kawennn nanti abg jumpa family syg erk"

haaa....nie yg paling mengembirakan hati seorg wanita....kerana lelaki yg paling dye syg tuh betul2x mksdkan yg dy cintakan kite...seorg perempuan akn sgt terharu bila si lelaki tuh ckp "syg,jom la kawen..abg taknak kite berdosa..n abg na jage syg supaya kita leyh masuk syurga sama2" pergh .. mmg serius untungla perempuan tuhhh...wahai lelaki berani kan la diri tu... kalau betul awk mengingin kan perempuan tuh.. meminangla dye..jgn la menunggu je.. sebb nanti terlepas kat org len padan muka...

#penat da menaip :) jd berusahala jgn malas2 ~


Terma kaseh diatas kesudian anda membaca post saya

Monday 22 October 2012

- Mengapa Wanita Menangis -

assalamualaikum...lame x p0st s0mething at bl0g nie... serius terbiar... haha... saje je na wat topic pasal mengapa wanita mudah menangis..hehe, tibe2x je kan.. bkn selalu.alang da menjenguk bl0g nie,n ngh ade idea ..kite buat jela.. wanita nie mmg mudah menangis kan.. begitu juga aku kadang2x.. wanita nie c0mplicated.. susa na difahami.. walaup0n kadang kita bergelak ketawa, tp hakikatnya xdew siapa p0n yg tahu hati kita sdng mnangis kan... Mereka nampak shja kuat.. tp sebnarnya :-


1. Perempuan hatinya mudah terusik.

Cuba letak seekor anak kucing yang kelaparan di tengah-tengah jalan, mustahil untuk seorang perempuan itu tidak berkata "Ya Allah kesiannya anak kucing tu!" kadang-kadang itu sambil berkaca-kaca mata mereka. Cuba bayangkan, kalau anak kucing pun hati mereka mudah tersentuh, inikan pulak dengan kata-kata manusia? Apetah lagi jika ayat-ayat pedih itu dikeluarkan oleh mulut orang yang paling mereka sayang?

Kadang-kadang gurauan kita tak semuanya kelakar, ia juga boleh mengguriskan hati manusia. Lagi-lagi hati lembut seperti perempuan. Jadi tolong berfikir dahulu sebelum bersuara. Kadang-kadang terlalu jujur pun tidak bagus juga.


2. Perempuan sanggup ketepikan hati mereka demi orang yang mereka sayang.

Perempuan sering tunduk dengan kata-kata hati mereka hanya kerana orang yang mereka sayang. Contohnya, jika benda itu mereka terlalu mahukan, tetapi orang yang mereka sayang tidak gemar melakukannya, maka mereka - perempuan, walaupun di dalam hati meronta-ronta, mereka sanggup 'tutup mata' dengan hati sendiri yang menangis hanya kerana ingin menjaga hati orang yang mereka sayang.

Bukan senang untuk melawan kata hati. Jika mereka sudah terbiasa dengan sesuatu perkara itu, sungguh sukar bagi mereka untuk tutup mata dengan perkara itu. Tapi mereka tetap buat kerana bagi mereka, jaga hati manusia lain lebih baik dari hati mereka sendiri.


3. Perempuan bila dah sayang, mereka sayang sepenuhnya.

Kami memang mudah untuk sayang orang. Semua orang kami boleh sayang. Tapi bila aku kata 'perempuan bila dah sayang, mereka sayang sepenuhnya', ianya hanya milik satu insan sahaja. Yakni lah bahawa bila perempuan itu sudah mula menyayangi seseorang itu, perasaan putus asa itu sungguh jauh sekali di dalam hati. Walau banyak mana pun hati mereka itu disakiti, walau banyak mana pun mereka dikecewakan.

Perempuan memang complicated, tapi bila tentang sayang dan perasaan, perempuan tidak pernah utamakan hati mereka sendiri untuk orang yang mereka sayang. Bagi mereka, orang yang mereka sayang itu lah yang diutamakan.


4. Perempuan sanggup turunkan ego mereka untuk orang yang mereka sayang.

Pernah dengar perempuan ego? Pernah bukan? Tetapi ianya seperti 10 tahun sekali. Jarang sekali ego disamakan dengan perempuan. Ego selalunya akan disamakan dengan lelaki. Jujur, aku sering terjumpa dengan perempuan yang egonya meluap-meluap ingin keluar dari hati mereka tetapi mereka masih mampu untuk menurukan ego itu untuk orang yang mereka sayang.

Seperti aku, ego aku tidak kurang tingginya. Tapi tiada apa yang mampu menjatuhkan ego itu dari perasaan sayang yang sudah lama terbuku di dalam hati ini. Hati perempuan memang penuh dengan kasih sayang. Jadi jangan hairan lah kalau perempuan yang pernah berkata "Aku benci kau" mampu untuk berkata"Takpe, aku maafkan kau".


5. Perempuan senang termakan dengan kata-kata.

Tolong jangan tumpaskan wanita dengan kata-kata. Wanita memang lemah dengan kata-kata. Kami sanggup turunkan ego, kami tutup dengan hati kami sendiri, kerana itu kata-kata mudah untuk masuk ke dalam hati kami yang penuh dengan kasih sayang. Jadi tolong, jangan gunakan kami dengan kata-kata anda jika anda tidak maksudkan ia.

Perempuan sanggup melakukan apa sahaja jika kata-kata yang manis itu terkeluar dari mulut orang yang paling mereka sayang.


6. Perempuan ada yang lemah ada yang kuat.

Bukan semua perempuan itu lemah. Ada jugak yang kuat. Ianya terpulang dengan apa yang mereka sudah lalui di dunia ini. Kerana sesungguhnya, kekuatan seorang wanita itu berasal dari penderitaannya. Kalau korang ada jumpa dengan perempuan yang sentiasa senyum dan ketawa dan yang perangai seolah-olah mereka tiada masalah lsg, jangan tertipu dengan lakonan itu. Mereka itu lah orang-orang yang sedang berusaha untuk menjadi kuat.

Penderitaan mereka mungkin korang tidak akan pernah tahu, tapi percayalah, apabila perempuan itu sudah kuat, tiada apa pun yang mampu untuk menjatuhkan mereka, walaupun orang yang mereka sayang.


7. Perempuan memang mudah menangis.

Ada yang kata kerana mereka lemah. Sudah tertulis yang sememangnya perempuan adalah insan yang paling halus hatinya di muka bumi ini. Kadang-kadang hati mereka diusik dengan kenangan lama, kadang-kadang diusik dengan kata-kata pedas oleh manusia-manusia, dan kadang-kadang bila hati mereka hanya diusik dengan perasaan rindu sahaja :')

Perempuan sering menangis kerana tiada kata-kata yang mampu untuk meluahkan rasa yang ditanggung oleh hati mereka. Perempuan jugak menangis apabila mereka tidak tahu cara apa lagi yang boleh mereka buat untuk menjadi kuat. Sesungguhnya, perempuan juga menangis kerana mereka mencari jalan lain untuk terus kekal menyayangi seseorang itu. Jadi sila jangan tutup mata akan hal ini.

8. Perempuan hati mereka jarang keras.

Seperti yang aku cakap, hati mereka halus dan lembut, jadi jarang kita akan nampak seorang perempuan itu mempunyai hati yang keras. Percayalah, apabila hati seorang perempuan itu keras, ia bukan kerana benda lain, tetapi ianya kerana mereka cuma menjaga hati mereka supaya tidak lagi disakiti.

Dan tolong, aku ulang sekali lg, jangan amek mudah dengan hati perempuan. Ia mungkin kerap berkata 'takpe, aku masih boleh bersabar lg', tapi bila ianya sudah tidak dapat sabar, apabila ianya bertukar menjadi keras, sungguh aku katakan, tiada apa yang mampu untuk melembutkan ia semula!


9. Perempuan sering meletakkan orang yang mereka sayang di tangga yang paling teratas sekali.

Walau penat sekalipun, jika orang yang mereka sayang mohon sesuatu dari mereka, dengan senang lenangnya seorang perempuan itu akan cuba memakbulkan ia. Walau mereka marah sekalipun, jika orang yang mereka sayang mohon sesuatu dari mereka, dengan pantas mereka akan cuba menggembirakan hati orang yang mereka sayang itu. Walau mereka kecewa sekali pun, tidak mungkin mereka akan berhenti untuk menjadi segala-galanya untuk orang yang mereka sayang.

Jadi tolong, aku mohon supaya hati kami ini tidak disakiti lagi oleh orang yang kami hargai. Mohon tolong jaga hati kami ini walaupun anda tidak reti. Mohon tolong jangan menyakiti hati ini jika anda tidak mampu membahagiakan kami.


10. Perempuan memang bodoh.

Bukan bodoh dalam pelajaran maksud aku, tapi bodoh dalam perasaan sendiri. Kami sering ambil mudah dengan perasaan sendiri hanya kerana orang yang kami sayang. Kami bodoh kerana kami terlalu asyik dengan kehendak orang yang kami sayang sehingga kami lupa akan wujudnya perasaan kami sendiri. Kami bodoh kerana kami tidak pernah dengar rintihan hati sendiri hanya kerana hati orang yang kami sayang lebih penting dari segala-galanya.

Kami bodoh kerana kami terlalu sayang sebelum benda itu pasti menjadi milik kami. Kami bodoh kerana kami terlalu memberi sebelum benda itu menjadi milik kami. Kami bodoh kerana kami terlalu percaya dengan apa yang dunia ini mampu untuk tipu kami. Kami bodoh kerana bila kami menyayangi, maka kami menyayangi sepenuh hati.

#wahai lelaki.. hargailah kami... walaup0n kami disakiti, setiap malam kami menungu shingga kadang2x air mata  itu gugur...kami lupa kewujudan perasaan kami yg penting hati 0rg yg kami syg.. hargaila kami sebelum hati nie lenyap dari cinta..




Terma kaseh diatas kesudian anda membaca post saya